Saturday, June 27, 2009

Si Boosuk Menjenguk

Sekarang dah pukul 10:48 p.m. StrawberryCookies baru pulang dari KLCC.
What a day..Hari yg paling lewat kitorng keluar berdating sebab dua2 pun bgn lewat hari ni.
Cookies tersedar dari lena yang dibuai bemacam-macam mimpi (korang takkan percaya mimpi yang aku alami....rahsia.tettt!), dan sedar-sedar, tgk jam di handphone dah pukul 2:20p.m. "Huh! Lambatnye bagun!"...kata Cookies dalam hati. Terus jari jemari ni menaip sms dan 'SEND' kepada Strawberry ku. Die dah bangun awal dari aku rupanya. So, plan punye plan, pukul 3:40 p.m aku dah siap dengan gaya yang paling cemerlang untuk hari ni! Baju baru dan sepatu baru. Yezzzaaa!!! Macam model aku jalan pegi tunggu cab. hehe.. Pukul 4 aku dah tepacak kat LRT KJ tunggu Strawberry yang masih menunggu bas kat Subang Parade. "Haiyyaaa!! Susahnye tak de transpot sendiri ni"...itulah keluh kesah aku hampir setiap hari. Mungkin orang lain tak perasan perasaan orang yang tak de transpot sendiri ni, tapi aku kentalkan je semangat setiap kali aku nak ke mana-mana, aku terpaksa naik public transpot....Strawberry pun same.kan?(Aku tak nak mengeluh pasal ni kat post ni, sebab nanti aku akan buat satu post khas untuk mengeluh masalah aku tak de transpot ni).

Sambil menunggu, Cookies pun memerhati orang sekeliling. Lama jugak Cookies berdiri kat rail besi tu sebab kat tangga tempat duduk tu dah ade ah beng ni duduk dan menunggu seseorang lebih lama dari Cookies. Kakak kat kedai Digi tu pulak asik tengok ke arah Cookies je. Mesti dalam kepala dia " lame betol pompuan ni diri".. Cookies pun buat nampak tak nampak je ke arah dia. Pastu ada abang bulu yang saaangat banyak bulu lalu depan Cookies. Perrgghh...dah lah pakai V-Neck, warna kuning menyala pulak tu. Dada lebat berbulu sampai mencengah terkeluar dari V-Neck nye. Kat tangan, bulunya tak yah cerita lah. hahahahaa!!! Dalam kepala Cookies, kelakar lah abang bulu ni. Bajet seksi and romeo lah tu. Tp nak buat macam mana,dah memang kaum banyak bulu..Dan, dalam ramai-ramai manusia tu, ada juga yang pakai mask sebagai langkah untuk mengelakkan diri dari dijangkiti H1N1. Ramai nya wanita-wanita berbagsa Cina yang mengambil langkah berjaga-jaga ni. Nisbah yang dapat Cookies perhatikan adalah seperti ini. Cina : Melayu : India, 10 : 2 : 0. Cookies pun tertanya, " should I wear a mask too?"hmmm....

*Should I wear? Should we all wear?*


So, jam 4:30 baru Strawberry sampai di Stesen LRT KJ dan dengan muke masam sikit, aku pun terus bejalan ke kaunter tiket dan Strawberry membelikan tiket LRT aku skali.

Sampai di KLCC, kami mengharungi lah orang ramai dalam KLCC tu. "Ni dah macam kat Jalan Masjid India", kata Cookies kepada Strawberry. Kitorang pun terus masuk ke Cold Storage dan beli makanan untuk kitorang buat mini picnic kat Park KLCC. Alhamdulilla, nasib baik hari tak hujan walaupun cuaca amatlah mendung dan ada titis-titis halus hujan yang menitik pada tangan ni.

Lepas dah kenyang makan, StrawberryCookies berehat sambil memerhatikan pelbagai jenis manusia yang ade kat Park tu. Ade geng Bangla, ada couple Mat Salleh yang dah berumur, ada geng-geng Mat Rempit yang berkaca hitam ala Mat Rempit, ada perempuan Cina yang berdiri sambil berposing membelakangi fountain sambil boyfriendnye mengambilkan gambarnya, ada couple anak-anak muda Melayu, bertudung, bersleeveless, berskirt, berjeans, berrebonding, berperm dan bermacam-macam lagi. Ada juga keluarga yang suaminya menolak stroller anak dan sang isterinya mengawal lagi 3 orang anaknye sambil memimpin tangan masin-masing dan berborak-borak. "Ni lah aktiviti hujung minggu kat sini", kata Cookies kepada Strawberry.

Lepas dah cukup berehat, StrawberryCookies pun masuk ke KLCC dan terus ke Kinokuniya. Time-time ramai orang ni, port yang paling tenang kat KLCC tu hanyalah Kinokuniya. Lagipun Mr. Strawberry nak pergi tengok buku Art untuk buat research Mural yang bakal dibuatnya nanti (tungguuuu...). Banyak jugak buku-buku yang menarik dan Design yang style gile kitorang jumpe hari ni. So, maybe Strawberry dapat lah idea untuk muralnya nanti. Dalam Cookies membelek-belek buku di situ, terpegang satu buku Advertising ni. Advertising Concept Book by Pete Barry. So, itu adalah buku yang Cookies aim sekarang dan bakal beli nanti lepas dapat duit dari ehem ehem...Tak sabar rasenye nak dapat buku tu. =D Akhirnya, StrawberryCookies meninggalakan Kinokuniya dengan membeli majalah EH! edisi Julai. Ada tajuk yang menarik perhatian kami dalam edisi ni yang boleh diperdebatkan. ( *Clue: Hal berkaitan lelaki).Hurmmm...menarik.


* Cover of The Advertising Concept Book by Pete Barry*


Dah pukul 8 p.m., StrawberryCookies pun plan untuk pulang. Tapi, sebelum pulang kitorang isi perut dulu di Subway. Bolehlah untuk isi perut...

Dah pukul 8:45p.m, StrawberryCookies pun pulang menaiki Putra LRT ke KJ...Dalam LRT pula, kami bergosip lagi tentang sekumpulan ah-moi cantik yang naik dari stesen Dang Wangi. Hmmm...Seksi sehingga short jeans yang terlalu shortnye menampakkan pehanye sehingga hampir ke punggungnye. Nasib baik cantik, putih dan bergaya u, so takpelah, dimaafkan.hehee..Sedar tak sedar, StrawberryCookies pun tiba di destinasi. "Ting tong, next station, Kelana Jaya. Stesen berikutnya, Kelana Jaya".

Itulah ceritera untuk hari ini. Macam-macam orang yang StrawberryCookies jumpa dalam masa lebih kurang 5 jam keluar dari rumah. The colourful world of us in Malaysia. Itulah Cream untuk StrawberryCookies!

*tersenyum*




2 comments: