Monday, September 21, 2009

RAYA SI STRAWBERRY SGT MANIS..

.

...tak macam raya Cookies. Tahun ni raye kat KJ bosan lah..Mama and Papa mcm tak de nak gerak pegi mane2 je. Tak depun nak ajak pegi beraya rumah sesiape. So, Cookies pun dok je lah rumah. Tgk TV rancangan raya. Lepas satu rancangan habis, sambung rancangan TV len kat channel len pulak. Pastu bosan lagi, makan pulak. Makan nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, rendang daging, ketupat palas, kuih raya dan kerepek rumah sendiri.. Raya tahun ni tak berapa rancak. Persiapan raya pun ala-ala manje je sebab Cookies tinggal sorang. Slalu buat dgn Kak Lang. Tapi tahun ni, Kak Lang dah berlaki. Awal2 dah balik Besut. Beraye sakan die kat sane sampai raye ke-5. Seminggu jugaklah die kat sane. Bosan aku sorang-sorang kat sini. Ye lah, sebab selama ni die ade. Kalau bosan pun ajak die g shopping complex, tgk wayang ke. Layan TV sesame ke....huhuu...sedih pulak. Nasib bek lah Konah and the family ade mase raye pertama tu. Kuranglah bosan ckit melayan si Nenyel. Kak Long plak beraye kat Ipoh. Petang ni jap lagi baru die lek KJ. Ni tgh tunggu die.

Humm...Tu Cookies punye cite raye yg bosan..

Ni crite Strawberry plak...

Si Strawberry beraye sakan kat kampung. 3 hari sebelum raya Strawberry dah balik Kampung Tehel kat Melaka. Sehari sebelum raya, die pergi bershopping ngn adek beradik die kat DP. Berbelanja sakan. (Jealous ok!) huhu...carik kasutnye yang tak jumpe kat KL, last2 beli kat DP. Lengkaplah die bli persiapan raya dengan adik-adik dia kat Melaka. Dah kat sini, Cookies tak sempat nak teman die bershopping sebab Cookies bz sgt dengan assignment sebelum cuti raya aritu, so die pun balas dendam lah dengan bershopping sakan kat Melaka.

1st day of Raya, sakan jugak family Strawberry beraya kat sane. Family dia ramai, so, seronoklah bile sampai time raya. Sampai 13 buah rumah derang pergi berkunjung masa 1st raya...TIGA BELAS BEB! Waduhhh...Grrand banget! Bandingkan dengan Cookies yg kat KJ ni, dok rumah je. 13 marathon drama raya adalah...huhuu..Berbeza..memang berbeza raya di kampung dengan raya di bandar. Bile lah lagi Cookies akan rase raya kat kampung balik dengan family ramai-ramai berkumpul macam 10 tahun yang lalu...Sedih jer...

So, sekarang dah raya ke-3. Strawberry pun dah pulang ke Batu Pahat semalam. Harini family die akan gerak ke Benut pulak utk beraya dengan family sebelah mamanye.T api tahun ni, ade tambah something yang special sikit. nak tau ape.....


Jeng Jeng Jeng!!!!!




Strawberry naik Mok balik Benut!!! Mok dah siap...huiyyoo!!! Hensem tak??hehe...Cookies cakap ini hensem. i terpikat.hehe... Ni lah hasilnye lepas berapatahun kumpul duit dan berusaha utk membaiki Mok, akhirnye siap jugak dan sihat lagi cergas!. Alhamdulillah....

Ni lah specialtynye raya Strawberry tahun ni. Mesti die happy sangat-sangat. Rezeki bulan Ramadhan haritu dan bulan Syawal..Alhamdulillah.....

Termasuklah ini....




Ini pun rzeki die jugak. Nak dari dulu, walaupun tak dpt exactly yang mcm die nak. Tapi, kire ok lah tu!hehe..

Tu je lah crite Hari Raya Aidilfitri babak pertama ni. Ni gambar-gambar Strawberry je. Gambar Raya Cookies yang tak brape grand tak de lagi.

Akhir sekali, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN Cookies ucapkan kepada semua terutama kepada pembaca yang sedang membaca blog ini.

Semoga Raya korang semua lebih gembira dari Raya Cookies. Amin~


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
Maaf Zahir dan Batin dari,
Cookies




No comments:

Post a Comment